بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
MAJLIS MERAIKAN BAKAL HAJI 1445H / 2024 DI MJBBU
Alhamdulillah telah berlangsung Majlis Meraikan Bakal Haji MJBBU di Dewan Solat Utama MJBBU dan di Dewan Suliman MJBBU pada Khamis yang lalu (09 Mei 2024) dan majlis telah berjalan dengan lancar.
Majlis bermula selepas Solat Fardu Maghrib berjemaah, diteruskan dengan bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Mohd Shaiful bin Mohd Esa dan Bilal Mohammad Khairulanuar bin Mohammad Dun. Kemudian majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati oleh Setiausaha masjid, Tuan Haji Mohd Yazid bin Mohidon kepada jemaah haji lelaki dan Timbalan Setiausaha, Puan Alwani binti Mohd Sabri kepada jemaah haji wanita, kedua-duanya seramai 87 orang.
Majlis diteruskan dengan Solat Fardu Isyak berjemaah, jamuan dan diakhiri dengan Kursus Ulangkaji Ibadah Haji yang telah disampaikan oleh Ustaz Haji Abu Bakar bin Watak di Dewan Suliman MJBBU pada jam 9.20 malam.
Pihak masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada para jemaah yang hadir bagi meraikan ahli jemaah yang berpeluang menunaikan ibadah Haji pada tahun ini dan mendoakan agar jemaah haji khususnya dari kariah Bandar Baru Uda dikurniakan Haji Mabrur.
قال العلامة أبي بكر البكري : واعلم أن فضائله لا تحصي
Kata Al-Imam Al-Allamah Abi Bakr Al-Bakri: "Dan ketahuilah bahawa fadilat-fadilat ibadah haji tidak terkira."
ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ : ﻣﻦ ﺧﺮﺝ ﺣﺎﺟﺎ ﻳﺮﻳﺪ ﻭﺟﻪ ﺍﻟﻠﻪ ﻓﻘﺪ ﻏﻔﺮ ﺍﻟﻠﻪ ﻟﻪ ﻣﺎ ﺗﻘﺪﻡ ﻣﻦ ﺫﻧﺒﻪ ﻭﻣﺎ ﺗﺄﺧﺮ ﻭﺷﻔﻊ ﻓﻴﻤﻦ ﺩﻋﺎ ﻟﻪ
Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa keluar menunaikan haji kerana Allah, maka sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang terkemudian dan Dia akan memberi syafaat kepada orang yang dia doakan untuknya."
ﻭﻗﺎﻝ ﺍﺑﻦ ﺍﻟﻌﻤﺎﺩ ﻓﻲ ﻛﺸﻒ ﺍﻷﺳﺮﺍﺭ : ﻭﺣﻜﻤﺔ ﺗﺮﻛﺐ ﺍﻟﺤﺞ ﻣﻦ ﺍﻟﺤﺎﺀ ﻭﺍﻟﺠﻴﻢ : ﺍﻹﺷﺎﺭﺓ ﺇﻟﻰ ﺃﻥ ﺍﻟﺤﺎﺀ ﻣﻦ ﺍﻟﺤﻠﻢ ﻭﺍﻟﺠﻴﻢ ﻣﻦ ﺍﻟﺠﺮﻡ - ﻓﻜﺄﻥ ﺍﻟﻌﺒﺪ ﻳﻘﻮﻝ : ﻳﺎ ﺭﺏ ﺟﺌﺘﻚ ﺑﺠﺮﻣﻲ - ﺃﻱ ﺫﻧﺒﻲ - ﻟﺘﻐﻔﺮﻩ ﺑﺤﻠﻤﻚ (إعانة الطالبين 2/459)
"Dan kata Al-Imam Ibn Al-Imad di dalam Kasyf Al-Asrar: "Dan hikmah tersusun kalimah Al-Haji itu dari huruf ha dan jim adalah memberi isyarat bahawa huruf ha itu adalah dari kata Al-Hilm (santun) dan huruf jim itu adalah dari kata Al-Jirm (dosa). Maka seolah-olah seorang hamba itu berkata: "Wahai Tuhan, telah aku datang kepadaMu dengan dosa-dosaku agar engkau mengampuni dosa itu dengan sifat santunMu."