بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

PROGRAM HIBAH PADA LENSA SYARAK & UNDANG-UNDANG

Alhamdulillah telah selesai Program Hibah: Dari Lensa Syarak & Undang-undang anjuran Hal Ehwal Wanita MJBBU (HELWA) di Dewan Suliman MJBBU semalam (17 Ogos 2024). Program yang bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang hukum-hakam dan undang-undang berkaitan kekeluargaan Islam, yang memfokuskan masalah hibah serta cara pengurusannya termasuklah perincian urusan pendokumentasian, pengurusan mahkamah dan sebagainya.

Program kali ini mendapat sambutan yang amat baik dari ahli kariah dan masyarakat setempat dengan penyertaan seramai 115 orang yang terdiri dari lelaki dan wanita. Program ini bermula dengan kata-kata aluan oleh Puan Hajah Hamidah selaku pengerusi majlis, diteruskan dengan bacaan doa oleh Imam Muhammad Hakimin dan ucapan wakil AJK Masjid oleh Puan Alwani binti Mohd Sabri.

Program diteruskan dengan ceramah berkenaan Hibah dengan tajuk "Hibah: Dari Lensa Syarak & Undang-undang" yang disampaikan oleh peguambela / peguamcara dari Tetuan Izzat Muhtar & Hasra, Puan Zaimil Hasra binti Zainal. Program turut diselangi dengan sesi soal dan jawab di antara peserta-peserta dan penceramah dan diakhiri dengan penyerahan saguhati kepada penceramah.

Pihak masjid mengucapkan ribuan terima kasih di atas penyertaan para peserta ke program ini. Semoga peserta semua mendapat kefahaman dan ilmu yang bermanfaat dari program ini dan seterusnya dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam menguruskan harta warisan dan pusaka melalui pengamalan hibah pada undang-undang.

قال رسول الله : لا تحقرن جارة لجارتها ولو فرسن شاة

Sabda Rasulullah SAW: "Janganlah seorang tetangga wanita menganggap remeh (pemberian hadiah) dari tetangga wanita lainnya, sekalipun hanya kaki kambing."

قال الامام ابن رسلان الشافعي : تصح فيما بيعه قد صحا ∴ واستثن نحو حبتين قمحا (غاية البيان 340)

Kata Al Imam Ibn Roslan Al Syafie: "Sah hibah pada barang yang sah diperjualbel