Muslimin Dan Muslimat Dijemput Hadir Dan Sertai Majlis

Muslimin dan muslimat dijemput hadir dan sertai majlis zikir berikut.

Kitab Khulasah Al Madad Al Nabawi bagi bacaan Hizib Bahar dan Hizib Al Nawawi, para jemaah boleh ambil di rak-rak buku sekitar Dewan Solat Utama MJBBU serta memulangkannya setelah selesai.

Pelbagai fadilat pada kedua-dua jenis hizib ini. Para ulama menyebut:

قال ابو الحسن الشاذلي رضي الله عنه : لقد اخذت حزب البحر عن رسول الله ﷺ تلقينا بتلقين...ومن اراد قضاء حاجة فاليقرا الفاتحة سبع مرات وسورة قريش احدى وعشرين مرة والحزب ثلث مرات وينوي قضاء حاجته فانها تقضى ومن ذكره كل يوم عند طلوع الشمس اجاب الله دعوته وفرج كربه ورفع بين الناس (جنة النصر 3)

Kata Al-Imam Abu Al-Hasan Al-Syazili: "Sesungguhnya aku telah mengambil Hizib Bahar dari Rasulullah SAW, terima secara talkin. Dan barangsiapa ingin menunaikan hajat, maka hendaklah dia membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali, Surah Quraish sebanyak 21 kali, Hizib Bahar 3 kali dan meniatkan hajatnya lalu tertunailah ia. Dan barangsiapa membaca Hizib ini setiap hari ketika terbit matahari, Allah SWT akan memakbulkan doanya, menghilangkan kesusahannya dan mengangkat darjatnya di antara manusia."

قال شيخ مشايخنا العالم العلامة الشيخ احمد النخلي...وذكر عن مشايخه رحمه الله تعالى : ان قارئ هذا الحزب يحفظ من شر الجن والانس ومن اهل السماوات واهل الارض...ومن مكايد المفسدة في الظاهر بجميع ما يفعلونه من سحر وشعبذة ومكروه وغير ذلك (المطلب التام السوى 33)

"Telah berkata guru kepada guru kami Al-Alim Al-Allamah Al-Syeikh Ahmad Al-Nakhli, dan telah berkata dari gurunya, semoga Allah merahmati mereka; bahawa sesungguhnya pembaca hizib ini (Hizib Al-Nawawi) akan terpelihara dari kejahatan jin, manusia dan kejahatan dari seluruh penduduk di langit dan di bumi. Terpelihara dari tipu-daya orang yang melakukan kerosakan pada zahir dengan segala apa mereka perbuat akannya dari sihir, ilmu ghaib dan sebagainya."

Semoga dengan kehadiran dan penyertaan para jemaah sekalian, termakbullah segala hajat dan tercapailah rasa iman dan takwa kepada Allah SWT.