بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

PROGRAM HARI SUKAN BOWLING MUSLIMIN MJBBU

Alhamdulillah, Masjid Jamek Bandar Baru Uda (MJBBU) telah mengadakan program Bulan Sukan MJBBU pada Selasa (27 Ogos 2024) yang lalu dan program sukan yang pertama ini adalah sukan Bowling dikalangan muslimin.

Program sukan ini adalah semata-mata mengeratkan silaturahim bersama ahli kariah BBU, disamping menekankan aktiviti bermanfaat selain kuliah-kuliah ilmiah dan aktiviti-aktiviti zikrullah di masjid.

Sukan bowling muslimin ini dijalankan di Sahara Bowling Angsana Mall (LV5), bermula jam 10 pagi dengan penyertaan seramai 32 orang yang terdiri daripada AJK masjid, AJK surau-surau, KRT, sukarelawan dan warga kerja masjid dan aktiviti sukan bowling ini berakhir jam 12 tengah hari dengan penyampaian trofi-trofi kepada pemenang.

Pihak masjid berterima kasih di atas penyertaan para peserta di dalam sukan bowling muslimin kali ini. Pihak masjid turut merancang pelbagai lagi sukan-sukan lain yang akan dimaklumkan kelak.

Tambahan juga, pihak masjid mengalu-alukan penyertaan para muslimat ahli kariah BBU untuk menyertai Sukan Bowling Muslimat pada Rabu, 11 September 2024 ini. Untuk menyertai, hubungi: wassap.my/0127719004 (Pn. Nor Aini).

Semoga penyertaan ahli kariah BBU dan jemaah MJBBU dapat mengeratkan silaturahim dikalangan kita dan terlebih utama, menyihatkan jasmani dan rohani kita sehingga bersungguh kita dalam menjadi hambaNya yang bertakwa.

قال رسول الله ﷺ : نعمتان مغبون فيهما كثير من الناس الصحة والفراغ

Sabda Rasulullah SAW : "Dua nikmat yang tertipu pada keduanya oleh kebanyakkan manusia; nikmat kesihatan dan waktu yang lapang."

قال ابن بطال : معنى الحديث أن المرء لا يكون فارغا حتى يكون مكفيا صحيح البدن فمن حصل له ذلك فليحرص على أن لا يغبن بأن يترك شكر الله على ما أنعم به عليه ومن شكره امتثال أوامره واجتناب نواهيه (فتح الباري شرح صحيح البخاري 14/183)

Kata Ibn Battal : "Maksud hadis ialah bahawa seseorang tidak (dikatakan) memiliki waktu yang lapang sehinggalah dia juga memiliki badan yang sihat. Lalu barangsiapa memperoleh baginya akan yang demikian itu, maka hendaklah dia berusaha keras agar tidak tertipu dengan meninggalkan syukur kepada Allah di atas segala nikmat yang diberikanNya kepadanya. Dan dari sebahagian syukur kepada Allah itu adalah melaksanakan segala perintahNya dan menghindari segala laranganNya."