بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
PROGRAM RUMAHKU, SYURGA KELUARGAKU: "SYURGA PADAMU"
Alhamdulillah telah selesai Program Rumahku, Syugra Keluargaku: "Syurga Padamu" anjuran bersama oleh Bahagian Pembangunan Keluarga & Sosial, Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Masjid Jamek Bandar Baru UDA (MJBBU) di Dewan Suliman MJBBU semalam (12 Oktober 2024). Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang ilmu dan kefahaman kepentingan keluarga yang bahagia serta meningkatkan komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak dalam membina institusi keluarga yang bahagia.
Program yang merupakan salah satu usaha untuk memperkasa institusi keluarga ini telah mendapat sambutan yang amat baik dari ahli kariah dan masyarakat setempat dengan penyertaan seramai 130 orang yang terdiri dari lelaki dan wanita. Program ini yang berlangsung dari 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari, telah bermula dengan kata-kata aluan oleh Ustaz Amirullah bin Yusoff selaku pengerusi majlis dan diteruskan dengan bacaan doa oleh Imam Muhammad Hakimin bin Mohd Fazarin.
Program diteruskan dengan slot pertama iaitu Forum: "Syurga Padamu" yang pimpin oleh Moderator, Ustaz Mohamad Razee bin Jamaladdin, Bahagian Dakwah Pejabat Kadi Johor Bahru, Panel 1, Ustaz Fakhrurrazi bin Yusuf, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, JAINJ dan Panel 2 Ustazah Asliendah binti Kusai@Mohd Zaire, Pegawai Khidmat Nasihat Unit Pembangunan Keluarga, Pejabat Kadi Kulai.
Pada slot ke-2, program diteruskan dengan Ceramah: "Pimpin Aku Ke Syurga" yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Fauzi bin Bachok, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, JAINJ. Sepanjang kedua-dua slot juga diselangi soal-jawab dari para peserta berkenaan isu-isu kekeluargaan, adab, nafkah dan sebagainya.
Pihak masjid mengucapkan jutaan terima kasih di atas penyertaan para peserta ke program ini. Semoga peserta semua mendapat kefahaman dan ilmu yang bermanfaat dari program ini dan seterusnya dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam menguruskan serta memperkasakan kehidupan keluarga bahagia melalui penzahiran kasih sayang serta kecintaan, di atas tanggungjawaban, komunikasi, persefahaman, tolak-ansur dan seumpamanya, yang memberi kesejahteraan kepada kehidupan individu, keluarga dan masyarakat di dunia dan akhirat.
قال الشيخ محمد سالم محيسن : الاسرة هي الامة الصغيرة للمجتمع الكبير فاذا ما صلحت صلح المجتمع كله واذا ما فسدت فسد المجتمع ايضا اذ الاسرة مثلها فى ذلك مثل القلب بالنسبة للانسان
Al-Syeikh Muhammad Salim Muhaysin berkata: "Al-Usrah (keluarga) itu adalah umat kecil bagi masyarakat besar. Lalu apabila baiklah ia, baiklah masyarakat itu dan apabila rosaklah ia, rosaklah masyarakat itu juga. Ini kerana keluarga itu ibaratnya pada yang demikian adalah seperti hati bagi seseorang."
فمن الاسرة تعلم الانسان افضل اخلاقه الاجتماعية ومنها تعلم الرافة والمحبة والحنان (الاسرة السعيدة فى ظل تعاليم الاسلام)
"Maka dari keluarga itulah seseorang itu mempelajari seafdal akhlak masyarakat dan darinya dia mempelajari belas kasihan, kecintaan dan kelembutan."