Assalamualaikum WBT.
YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE PROGRAM SAMBUTAN MAULIDURRASUL SEMPENA ULANG TAHUN SPRM KE 57 BERSAMA MASJID JAMEK BANDAR BARU UDA, JOHOR BAHRU
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Program Sambutan Ulang Tahun SPRM Ke 57 bagi tahun 2024 Peringkat Negeri Johor akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 20 Oktober 2024 (Ahad)
Masa : 6.30 petang.
Tempat : Masjid Jamek Bandar Baru Uda, Johor Bahru
3. Bersama-sama ini disertakan Pemakluman Jemputan Kehadiran ke majlis tersebut. Jamuan makan turut disediakan.
4. Pakaian lelaki baju melayu/ jubah/ kurta dan wanita berbaju kurung/ pakaian solat.
Kehadiran YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan seisi keluarga amatlah dialu-alukan.
Sekian terima kasih.