Hari ini bermula 6.30 petang.
Muslimin & muslimat dijemput hadir ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Sempena Hari Ulangtahun SPRM ke-57.
Pelbagai fadilat menghadir majlis Maulid Al Nabi. Di antaranya:
قال سلطان العارفين جلال الدين السيوطي في كتابه الوسائل في شرح الشمائل : ما من بيت أو مسجد أو محلة قرئ فيه مولد النبي ﷺ هلا حفت الملائكة بأهل ذلك المكان وعمهم الله بالرحمة
Sultan Al-'Arifin Al-Imam Jalaluddin Al-Suyuti berkata di dalam kitabnya Al-Wasail fi Syarh Al-Syamail : "Tiada satu rumah atau masjid atau tempat yang dibacakan di dalamnya Maulid Al-Nabi SAW melainkan para malaikat akan mengelilingi ahli tempat tersebut dan Allah SWT akan melimpahkan mereka dengan rahmatNya."
قال السري السقطي : من قصد موضعا يقرأ فيه مولد النبي ﷺ فقد قصد روضة من رياض الجنة لأنه ما قصد ذلك الموضع إلا لمحبة الرسول وقد قال ﷺ : من أحبني كان معي في الجنة
Al-Imam Al-Sirri Al-Saqati berkata: "Barangsiapa menghadiri suatu tempat dibacakan Maulid Al-Nabi SAW di dalamnya, maka sesungguhnya dia telah menghadiri salah satu taman dari taman-taman syurga kerana tidak dia hadir ke tempat itu melainkan kerana cinta kepada Rasul. Dan Rasulullah SAW telah bersabda: "Barangsiapa mencintaiku, akan bersamaku di dalam syurga."