بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

LAWATAN & ZIARAH: JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Pihak Masjid Jamek Bandar Baru Uda (MJBBU) telah menerima kunjungan dan lawatan dari rombongan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Putrajaya pada Khamis yang lalu (28 November 2024). Tujuan lawatan dan ziarah masjid ini ialah untuk mengambil tahu maklumat pengurusan serta pentadbiran, fasiliti-fasiliti dan aktiviti-aktiviti di masjidsekaligus mengeratkan hubungan silaturahim.

Lawatan ini bermula pada jam 8.30 malam di Ruang Makan Aras 1 MJBBU dan kemudiannya bersambung dengan taklimat di Dewan Suliman MJBBU. Di dalam sesi taklimat, program bermula dengan majlis suai kenal, kemudian diteruskan dengan ucapan, tayangan dan soal jawab.

Majlis dimulakan dengan pembuka kata oleh Pengerusi Majlis, Bilal Muhammad Hazim Zaim bin Dandan, diikuti dengan bacaan doa oleh Imam Muhammad Hakimin bin Mohd Fazarin dan diteruskan dengan ucapan oleh Pengerusi MJBBU, Ustaz Haji Md Burhanuddin bin Haji Tibek dan Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, JPWPP, Ustaz Hashrul Aidil bin Maslan.

Majlis diteruskan lagi dengan tayangan montaj MJBBU, yang menerangkan serba sedikit berkenaan masjid ini termasuklah sejarah penubuhan, kapasiti masjid dalam menampung jemaah, badan ahli jawatankuasa dan pentadbiran, pengurusan kewangan masjid, aktiviti dan program pengimarahan masjid serta hal pembinaan masjid. Majlis diikuti dengan soal jawab dari rombongan JPWPP termasuklah berkenaan aktiviti dan pendidikan masjid serta program-program masjid yang melibatkan sekolah-sekolah dan seumpamanya. Majlis lawatan ini berakhir pada jam 10.30 malam dengan jamuan ringan dan sesi bergambar.

Pihak masjid mengalu-alukan kehadiran para pelawat bagi tujuan berkenalan dan pengimarahan masjid ini. Semoga masjid ini menjadi pusat pengimarahan bagi keseluruhan masyarakat di dalam dan luar negara.

قال رسول الله ﷺ : أحب البلاد إلى الله مساجدها

Rasulullah SAW bersabda: "Negeri (tempat) yang paling dicintai oleh Allah SWT adalah masjid-masjidnya."

قال الإمام النووي : أحب البلاد إلى الله مساجدها لأنها بيوت الطاعات وأساسها على التقوى (شرح صحيح مسلم النووي 5/171)

Al-Imam Al-Nawawi RHM berkata: "Negeri (tempat) yang paling disukai Allah SWT ialah masjid-masjidNya kerana ia adalah tempat (yang dilakukan) ketaatan dan asasnya di atas ketakwaan."