بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 2024 OLEH KUIJSI & MJBBU

Pihak Masjid Jamek Bandar Baru UDA (MJBBU) dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul SAW 2024 di Masjid Jamek Bandar Baru UDA pada Ahad yang lalu (15 Disember 2024) dan telah mendapat sambutan yang amat baik dengan kehadiran seramai 1500 orang, terdiri dari pelajar-pelajar KUIJSI, ahli kariah BBU dan masyarakat sekitar.

Sambutan Maulidur Rasul KUIJSI & MJBBU ini telah dilaksanakan seawal 6.15 petang bermula dengan lantunan qasidah dan selawat oleh kumpulan Ahbabur Ruhama KUIJSI. Selepas Maghrib, majlis diteruskan dengan ceramah khas Maulid Al-Nabi yang disampaikan oleh Dato' (Dr.) Haji Nooh bin Gadot. Majlis diteruskan dengan solat Isyak berjemaah dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati serta jamuan.

Para jemaah boleh ikuti rakaman siaran langsung alunan qasidah dan selawat serta ceramah khas tersebut di pautan berikut:
???? Qasidah: https://www.facebook.com/mjbbUDA/videos/1131435421714842/?app=fbl
???? Ceramah Maulid Al-Nabi: https://www.facebook.com/mjbbUDA/videos/914045007531247/?app=fbl

Pihak masjid mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada para jemaah masjid, pelajar-pelajar KUIJSI dan masyarakat setempat Johor Bahru kerana telah menyertai serta menginfakkan harta dan tenaga di dalam penganjuran majlis ini. Semoga dengan penglibatan ini, para hadirin dapat menambahkan ilmu dan memupukkan kasih sayang dan cinta serta rindu kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, kerana tiadalah penglibatan semua dalam menyambut Maulid Al-Nabi SAW melainkan rasa cinta serta memuji Baginda SAW.

قال السري السقطي : من قصد موضعا يقرأ فيه مولد النبي ﷺ فقد قصد روضة من رياض الجنة لأنه ما قصد ذلك الموضع إلا لمحبة الرسول وقد قال ﷺ : من أحبني كان معي في الجنة (النعمة الكبرى على العالم)

Al-Imam Al-Sirri Al-Saqati berkata: "Barangsiapa menghadiri suatu tempat dibacakan Maulid Al-Nabi SAW di dalamnya, maka sesungguhnya dia telah menghadiri salah satu taman dari taman-taman syurga kerana tidak dia hadir ke tempat itu melainkan kerana cinta kepada Rasul. Dan Rasulullah SAW telah bersabda: "Barangsiapa mencintaiku, akan bersamaku di dalam syurga."