بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
???? PROGRAM IHYA' RAMADAN 1444H
Pihak masjid mengalu-alukan kehadiran para jemaah, ahli kariah dan masyarakat sekitar untuk mengimarahkan masjid ini serta membuka peluang infak bagi aktiviti-aktiviti di sepanjang bulan Ramadan 1444H / 2023 kali ini.
???? BUTIRAN PROGRAM IHYA' RAMADAN 1444H:
• Tarikh: 23 Mac - 20 April 2023 / 01 - 30 Ramadan 1444H
• Tempat: Masjid Jamek Bandar Baru Uda (MJBBU)
???? AKTIVITI-AKTIVITI & MASA PROGRAM IHYA' RAMADAN 1444H:
1) Kuliah Subuh & Tazkirah Jumaat : Jumaat, Sabtu & Ahad
2) Membudayakan Hadis : Setiap hari selepas Asar
3) Bacaan Tahlil & Doa Selamat : 30 minit sebelum Maghrib
4) Program Berbuka Puasa : 01 - 30 Ramadan
5) Tadarus al-Quran (Muslimin) : Selepas Solat Tarawih
6) Tadarus al-Quran (Muslimat) : Setiap pagi di dewan masjid
7) Khatam al-Quran Perdana & Sumbangan Hari Raya : 15 April 2023 / 24 Ramadan 1444H
8 ) Solat Tarawih bersama Imam-imam Jemputan : 01 - 30 Ramadan
9) Program Qiamullail & Sahur : Setiap Jumaat & 10 malam terakhir bermula 3.45 pagi
10) Edaran bubur lambuk : 01 - 29 Ramadan selepas Asar
11) Solat Tasbih & Takbir Raya : Malam hari Raya
???? SUMBANGAN ANDA BOLEH DISALURKAN KE:
• RHB BANK: 2511 1500 0005 03
• Tabung Pengurusan Masjid Baru BBU
UNTUK URUSAN RESIT, HUBUNGI:
• Ustaz Kamal Ariff bin Mohd Bakri
• https://www.wassap.my/601156743198
ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﷺ: ﺇﺫﺍ ﺟﺎﺀ ﺭﻣﻀﺎﻥ ﻓﺘﺤﺖ ﺃﺑﻮﺍﺏ ﺍﻟﺠﻨﺔ ﻭﻏﻠﻘﺖ ﺃﺑﻮﺍﺏ ﺍﻟﻨﺎﺭ ﻭﺻﻔﺪﺕ ﺍﻟﺸﻴﺎﻃﻴﻦ
Mafhumnya sabda Rasulullah SAW: "Apabila bulan Ramadan telah tiba, dibukalah pintu-pintu syurga, dan ditutuplah pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu."
قال سلطان العلماء العز بن عبد السلام السلمي الشافعي: ﺃﻣﺎ ﺗﻔﺘﻴﺢ ﺃﺑﻮﺍﺏ ﺍﻟﺠﻨﺔ ﻓﻌﺒﺎﺭﺓ ﻋﻦ ﺗﻜﺜﻴﺮ ﺍﻟﻄﺎﻋﺎﺕ ﺍﻟﻤﻮﺟﺒﺔ ﻟﻔﺘﺢ ﺃﺑﻮﺍﺏ ﺍﻟﺠﻨﺎﻥ ﻭﺗﻐﻠﻴﻖ ﺃﺑﻮﺍﺏ ﺍﻟﻨﺎﺭ ﻋﺒﺎﺭﺓ ﻋﻦ ﻗﻠﺔ ﺍﻟﻤﻌﺎﺻﻲ ﺍﻟﻤﻮﺟﺒﺔ ﻻﻏﻼﻕ ﺃﺑﻮﺍﺏ ﺍﻟﻨﻴﺮﺍﻥ ﻭﺗﺼﻔﻴﺪ ﺍﻟﺸﻴﺎﻃﻴﻦ ﻋﺒﺎﺭﺓ ﻋﻦ ﺍﻧﻘﻄﺎﻉ ﻭﺳﻮﺳﺘﻬﻢ ﻋﻦ ﺍﻟﺼﺎﺋﻤﻴﻦ ﻷﻧﻬﻢ ﻻ ﻳﻄﻤﻌﻮﻥ ﻓﻲ ﺍﺟﺎﺑﺘﻬﻢ ﺍﻟﻰ ﺍﻟﻤﻌﺎﺻﻲ (مقاصد الصوم ص. 12)
Mafhumnya kata al-Imam al-'Iz bin Abd Salam al-Syafie: "Adapun (yang dimaksudkan) terbukanya pintu-pintu syurga adalah sebagai perumpamaan banyaknya ketaatan (ibadat) pada bulan Ramadan, mewajibkan pintu-pintu syurga dibuka. Adapun ditutup pintu-pintu neraka sebagai perumpamaan sedikitnya kemaksiatan mewajibkan pintu-pintu neraka ditutup dan adapun dibelenggu syaitan-syaitan sebagai perumpamaan terputusnya was-was (bisikan syaitan) bagi orang-orang berpuasa kerana mereka tiada keinginan kepada kemaksiatan."