بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

???? PROGRAM IHYA RAMADAN 1446H

Pihak masjid mengalu-alukan kehadiran para jemaah, ahli kariah dan masyarakat sekitar untuk mengimarahkan masjid ini serta membuka peluang infak bagi aktiviti-aktiviti di sepanjang bulan Ramadan 1446H / 2025 kali ini:

???? BUTIRAN PROGRAM:
• Tarikh: 02 Mac - 30 Mac 2025 / 01 - 29 Ramadan 1446H
• Tempat: Masjid Jamek Bandar Baru Uda (MJBBU)

???? AKTIVITI-AKTIVITI & MASA:
???? Kuliah Subuh & Tazkirah Jumaat : Setiap Jumaat, Sabtu & Ahad
???? Membudayakan Hadis : Setiap hari selepas Asar
???? Bacaan Tahlil & Doa Selamat : 30 minit sebelum Maghrib
???? Program Berbuka Puasa : 01 - 29 Ramadan
???? Tadarus Al-Quran (Muslimin) : Selepas Solat Tarawih di Dewan Solat Utama
???? Tadarus Al-Quran (Muslimat) : Setiap pagi di Dewan Abd Samad
???? Khatam Al-Quran Perdana & Sumbangan Hari Raya : 15 Mac 2025 / 14 Ramadan 1446H
???? Solat Tarawih bersama Imam-imam Jemputan : 01 - 29 Ramadan
???? Program Qiamullail & Sahur : Setiap Jumaat & 10 malam terakhir bermula 3.45 pagi
???? Edaran Bubur Lambuk : 01 - 29 Ramadan selepas Asar
???? Solat Tasbih & Takbir Raya : Malam hari Raya

???? SEBARANG URUSAN SUMBANGAN:
• Ustaz Kamal Ariff bin Mohd Bakri: http://wassap.my/0137225306
• Imam Ibrahim Adham Afif bin Ismail: http://wassap.my/0106609083

???? SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE:
✅ RHB BANK: 2511 1500 0005 03 (Tabung Pengurusan Masjid Baru BBU)

❗️Kuliah Muslimat, Kuliah Dhuha, Kuliah Maghrib, Kelas Tahsin Al-Quran & Kelas Tarannum Berzanji akan ditangguhkan

❗️Kelas Iqra & Al-Quran & Kelas Khat akan BERJALAN SEPERTI BIASA

ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﷺ : ﺇﺫﺍ ﺟﺎﺀ ﺭﻣﻀﺎﻥ ﻓﺘﺤﺖ ﺃﺑﻮﺍﺏ ﺍﻟﺠﻨﺔ ﻭﻏﻠﻘﺖ ﺃﺑﻮﺍﺏ ﺍﻟﻨﺎﺭ ﻭﺻﻔﺪﺕ ﺍﻟﺸﻴﺎﻃﻴﻦ

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila bulan Ramadan telah tiba, dibukalah pintu-pintu syurga, dan ditutuplah pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu."

قال سلطان العلماء العز بن عبد السلام السلمي الشافعي : ﺃﻣﺎ ﺗﻔﺘﻴﺢ ﺃﺑﻮﺍﺏ ﺍﻟﺠﻨﺔ ﻓﻌﺒﺎﺭﺓ ﻋﻦ ﺗﻜﺜﻴﺮ ﺍﻟﻄﺎﻋﺎﺕ ﺍﻟﻤﻮﺟﺒﺔ ﻟﻔﺘﺢ ﺃﺑﻮﺍﺏ ﺍﻟﺠﻨﺎﻥ ﻭﺗﻐﻠﻴﻖ ﺃﺑﻮﺍﺏ ﺍﻟﻨﺎﺭ ﻋﺒﺎﺭﺓ ﻋﻦ ﻗﻠﺔ ﺍﻟﻤﻌﺎﺻﻲ ﺍﻟﻤﻮﺟﺒﺔ ﻻﻏﻼﻕ ﺃﺑﻮﺍﺏ ﺍﻟﻨﻴﺮﺍﻥ ﻭﺗﺼﻔﻴﺪ ﺍﻟﺸﻴﺎﻃﻴﻦ ﻋﺒﺎﺭﺓ ﻋﻦ ﺍﻧﻘﻄﺎﻉ ﻭﺳﻮﺳﺘﻬﻢ ﻋﻦ ﺍﻟﺼﺎﺋﻤﻴﻦ ﻷﻧﻬﻢ ﻻ ﻳﻄﻤﻌﻮﻥ ﻓﻲ ﺍﺟﺎﺑﺘﻬﻢ ﺍﻟﻰ ﺍﻟﻤﻌﺎﺻﻲ (مقاصد الصوم 12)

Sultan Al-Ulama Al-Imam Al-'Izz bin Abd Salam Al-Syafie berkata: "Adapun (yang dimaksudkan) terbukanya pintu-pintu syurga adalah sebagai perumpamaan banyaknya ketaatan (ibadat) pada bulan Ramadan, mewajibkan pintu-pintu syurga dibuka. Adapun ditutup pintu-pintu neraka sebagai perumpamaan sedikitnya kemaksiatan mewajibkan pintu-pintu neraka ditutup dan adapun dibelenggu syaitan-syaitan sebagai perumpamaan terputusnya was-was (bisikan syaitan) bagi orang-orang berpuasa kerana mereka tiada keinginan kepada kemaksiatan."


About Us

  • Masjid Jamek Bandar Baru UDA

    Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).


Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).

LATEST ALBUM

OUR LOCATION

Johor Bahru, Malaysia.

© Copyright | Powered by instaweb.my