
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
GOTONG-ROYONG SEMPENA MENYAMBUT RAMADAN 1446H
Alhamdulillah sudah selesai aktiviti gotong-royong di masjid bersempena menyambut Ramadan semalam (23 Februari 2025). Aktiviti ini telah disertai seramai 40 orang lelaki dan wanita dan dimulakan pada jam 9.00 pagi.
Di antara tempat yang dibersihkan dan dikemaskan oleh peserta gotong-royong termasuklah di Dewan Solat Utama MJBBU, tandas-tandas lelaki dan wanita dan ruang luar masjid. Ini merangkum kerja-kerja mengemas alatan rehal, kitab-kitab dan Al-Quran, membersihkan ruang wuduk, parkir, longkang, kipas-kipas, memotong pokok-pokok sekitar masjid dan lain-lain.
Pihak masjid mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peserta yang menyertai aktivti gotong-royong kali ini bagi menyambut bulan Ramadan yang mulia. Semoga dengan aktiviti membersihkan rumah Allah ini, Allah SWT menerima amalan kita dan menanamkan semangat dan qudrat untuk kita beribadat di sepanjang bulan Ramadan akan tiba ini.
قال رسول الله ﷺ : الطهور شطر الإيمان
Rasulullah SAW bersabda: "Bersuci adalah sebahagian dari iman."
قال الإمام ابن دقيق العيد : فالمراد به هنا الفعل واختلف في معناه فقيل إن الأجر فيه ينتهي إلى نصف أجر الإيمان وقيل المراد بالإيمان هنا الصلاة (شرح الأربعين حديثا النووية 61)
Al-Imam Ibn Daqiq Al-Aid berkata: "Maka yang dimaksudkan dengan Al-Tuhur disini adalah perbuatan bersuci. Para ulama khilaf dalam makna hadis tersebut, lalu sebahagian mengatakan pahala suci merupakan sebahagian dari pahala iman, sedangkan yang lain mengatakan bahawa yang dimaksud dengan iman di sini adalah solat (yakni bersuci itu adalah sebahagian dari ibadat solat)."