
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
???? KEMPEN DERMA DARAH BERGERAK @MASJID JAMEK BANDAR BARU UDA (MJBBU)
Di atas kadar kemalangan yang meningkat serta keperluan darah yang semakin terhad, pihak MJBBU dengan kerjasama JAINJ dan HSAJB mengadakan program Kempen Derma Darah Bergerak sebagaimana berikut:
???? BUTIRAN PROGRAM:
• Hari: RABU - 12 MAC 2025 / 11 Ramadan 1446H
• Masa: 5.30 Petang - 11.30 Malam
• Tempat: Dewan Suliman MJBBU
???? ATUR CARA:
???? 6.00 petang: Pendaftaran & Kaunseling
???? 7.16 malam: Iftar & Solat Maghrib
???? 8.00 malam: Derma Darah
*Anjuran bersama Masjid Jamek Bandar Baru UDA (MJBBU), Pengurusan Masjid & Surau, JAINJ dan Hospital Sultanah Aminah (HSAJB)
قال رسول الله ﷺ : من نفس عن مؤمن كربة من كرب الدنيا نفس الله عنه كربة من كرب يوم القيامة، ومن يسر على معسر يسر الله عليه في الدنيا والآخرة، ومن ستر مسلما ستره الله في الدنيا والآخرة، والله في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه
Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan dunia dari seorang mukmin, maka Allah melapangkan darinya satu kesusahan di hari Kiamat. Barangsiapa memudahkan (urusan) orang yang kesulitan, maka Allah akan memudahkan baginya di dunia dan akhirat. Barangsiapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seorang hamba selama mana hamba tersebut menolong saudaranya."
قال ابن دقيق العيد: فيه فضل قضاء حوائج المسلمين ونفعهم بما يتيسر من علم أو مال أو معاونة أو إشارة بمصلحة أو نصيحة أو غير ذلك (شرح الأربعين حديثا النووية: 93)
Al-Sheikh Ibn Daqiq Al-Aid: "Di dalamnya (hadis) terkandung keutamaan memenuhi keperluan orang Islam, memberi manfaat kepada mereka dengan apa yang mudah dari (manfaat) ilmu, harta, pertolongan, petunjuk yang maslahat (baik), nasihat atau selainnya."