
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
PENGHARAPAN AGAR AMALAN DITERIMA ALLAH SWT: RAMADAN 1446H
Hari raya merupakan hari umat Islam bergembira dan berseronok kerana ia adalah hari kegembiraan bagi orang yang beriman di dunia ini setelah mengabdikan diri kepada Allah SWT dengan melaksanakan ibadat dan ketaatan seperti berpuasa, qiamullail, bermunajat, berdoa dan sebagainya.
Namun, di samping menyambut kedatangan hari raya Aidilfitri ini, sewajarnya kita insaf dan bermuhasabah pada pemergian bulan yang penuh berkat ini iaitu Ramadan. Seharusnya kita mengharapkan agar segala amal ibadat kita pada bulan ini diterima Allah SWT apatah lagi khuatir amalan kita menjadi sia-sia.
Al-Imam Ibn Rajab Al-Hanbali menukilkan kata-kata sebahagian para ulama Salaf:
قال بعض السلف كانوا يدعون الله ستة أشهر أن يبلغهم شهر رمضان ثم يدعون الله ستة أشهر أن يتقبله منهم
"Sebahagian ulama Salaf berkata: "Mereka (ulama Salaf) berdoa kepada Allah enam (6) bulan (sebelum) agar disampaikan kepada bulan Ramadan. Kemudian mereka berdoa kepada Allah enam (6) bulan (selepasnya) agar amalan mereka diterima Allah."
Bahkan para ulama Salaf merasa sedih dengan pemergian Ramadan dan khuatir samada diterima amalan mereka oleh Allah SWT atau tidak. Sedangkan kegembiraan dengan kedatangan Aidilfitri bagi mereka adalah apabila segala amal ibadat mereka makbul disisi Allah SWT.
Al-Imam menukilkan khutbah dari Sayidina Umar bin Abdul Aziz:
أيها الناس إنكم صمتم لله ثلاثين يوما و قمتم ثلاثين ليلة و خرجتم اليوم تطلبون من الله أن يتقبل منكم
"Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah berpuasa kerana Allah SWT selama 30 hari, kamu telah beribadah selama 30 malam dan kamu telah keluar pada hari ini meminta dari Allah agar menerima amalan kamu."
كان بعض السلف يظهر عليه الحزن يوم عيد الفطر فيقال له إنه يوم فرح وسرور فيقول صدقتم ولكني عبد أمرني مولاي أن أعمل له عملا فلا أدري أيقبله مني أم لا؟
"Sebahagian ulama Salaf menzahirkan kesedihan pada hari Aidilfitri. Lalu dikatakan kepad