
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
SOLAT SUNAT & KHUTBAH AIDILFITRI 1446H
Dengan kehadiran Syawal beerti telah tamatnya Ramadan dan kewajipan berpuasa selama sebulan. Umat Islam yang menunaikan ibadah ini sudah pasti berasa gembira kerana berjaya menyelesaikan tuntutan wajib agama ini, apatahlagi kerana berharap mereka diganjari dengan balasan kebaikan yang berganda-ganda.
Di masjid ini, ahli kariah dan masyarakat sekitar telah hadir pada hari ini untuk bertakbir, menunaikan Solat Sunat Aidilfitri dan mendengar Khutbah Aidilfitri. Di antara keutamaan yang disampaikan ialah meraikan Aidilfitri dengan penuh kesyukuran dan keimanan.
Pihak masjid berterima kasih kepada para jemaah kerana hadir ke masjid dan mengimarahkan masjid ini. Semoga Allah SWT memakbulkan segala amal ibadah kita di bulan Ramadan dan menjadi kita dikalangan para hambaNya yang bertakwa.
الامام الحافظ ابن رجب الحنبلي : ليس العيد لمن لبس الجديد ∴ إنما العيد لمن طاعاته تزيد؛ ليس العيد لمن تجمل باللباس والركوب ∴ إنما العيد لمن غفرت له الذنوب (اللطائف المعارف 381)
Al-Imam Al-Hafiz Ibn Rajab Al-Hanbali RHM berkata: "Bukanlah raya itu siapa yang memakai pakaian baru, tetapi raya itu ialah siapa yang ketaatannya bertambah. Bukanlah raya itu siapa yang berhias dengan pakaian dan kenderaan, tetapi raya itu ialah siapa yang diampunkan dosanya."