
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
MAJLIS KHATAM TADABBUR AL-QURAN MJBBU
Pihak Masjid Jamek Bandar Baru UDA (MJBBU) telah mengadakan Majlis Khatam Tadabbur Al-Quran MJBBU pada Rabu lalu (16 April 2025) dan ini merupakan majlis khatam bagi Program Tadabbur masjid yang diadakan selepas Subuh pada setiap hari Isnin dan Selasa dan tadabbur kali ini telah bermula 2022. Majlis telah mendapat sambutan yang baik dengan penyertaan sehingga 138 orang dari jemaah lelaki dan wanita.
Majlis ini diadakan selepas Subuh dengan bacaan Al-Quran dan terjemahan, tadabbur serta bacaan doa khatam oleh Imam Mohd Shaiful bin Mohd Esa. Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan dan penyampaian hadiah kepada penterjemah bagi Program Tadabbur masjid oleh Pengerusi MJBBU, Ustaz Haji Md Burhanuddin bin Haji Tibek. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan.
Pihak masjid berterima kasih kepada para jemaah kerana hadir ke masjid dan menyertai Program Tadabbur masjid sehinggalah ke Majlis Khatam Tadabbur Al-Quran MJBBU kali ini, sekaligus mengimarahkan masjid ini. Semoga Allah SWT menjadikan kita dikalangan hambaNya yang menjiwai dirinya dengan Al-Quran, berakhlak dan sentiasa beramal dengannya.
قال العلامة ابي بكر شطا الدمياطي البكري : تلاوة القرآن العظيم من أفضل العبادات وأعظم القربات وأجل الطاعات وفيها أجر عظيم وثواب كريم (كفاية الأتقياء)
Al-Allamah Abu Bakar Al-Dimyati Al-Bakri berkata: "Membaca Al-Quran merupakan salah satu ibadah yang paling utama, taqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) yang paling agung dan ketaatan yang paling besar. Padanya terdapat balasan yang agung dan ganjaran yang mulia."