
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
SUASANA TAKBIR RAYA & SOLAT AIDILADHA 1446H DI MJBBU
Alhamdulillah telah selesai program Solat Hari Raya Aidiladha 1446H di MJBBU pada Sabtu yang lalu (07 Jun 2025) yang dipimpin oleh Imam Haji Mohd Kamal bin Zakaria & Bilal Muhammad Zulfikri Amin bin Zulkifli.
Program yang bermula dengan takbir telah berlangsung selepas Subuh sehinggalah mendirikan Solat Sunat Aidiladha yang bermula jam 8.30 pagi.
Semoga Allah SWT menerima amal ibadah kita di hari yang mulia ini.
قال الامام الحافظ ابن رجب الحنبلي : ليس العيد لمن لبس الجديد، إنما العيد لمن طاعاته تزيد، ليس العيد لمن تجمل باللباس والركوب، إنما العيد لمن غفرت له الذنوب، في ليلة العيد تفرق خلق العتق والمغفرة على العبيد؛ فمن ناله منها شيء فله عيد، وإلا فهو مطرود بعيد (لطائف المعارف 483)
Al-Imam Al-Hafiz Ibn Rajab Al-Hanbali RHM berkata: "Bukanlah raya itu siapa yang memakai pakaian baru, tetapi raya itu ialah siapa yang ketaatannya bertambah. Bukanlah raya itu siapa yang berhias dengan pakaian dan kenderaan, tetapi raya itu ialah siapa yang diampunkan dosanya. Pada malam raya dibahagikan pembebasan (dari api neraka) dan keampunan ke atas hamba. Siapa yang mendapatkannya maka baginya hari raya. Jika tidak, maka dia orang yang terbuang jauh."