بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

PROGRAM KORBAN AIDILADHA 1446H DI MJBBU

Alhamdulillah telah selesai Program Korban Aidiladha di Masjid Jamek Bandar Baru Uda semalam (08 Jun 2025) di perkarangan masjid ini, di Pusat Dialisis & Kesihatan MBBU (PDKMBBU). Program ini mendapat sambutan yang amat baik dan dihadiri petugas, sukarelawan masjid serta warga kerja Uda Holdings seramai 140 orang.

Bagi program korban tahun ini, pihak masjid melaksanakan korban sebanyak 14 ekor lembu dan 15 ekor kambing. Bagi penyembelihan lembu-lembu telah dilaksanakan di pusat penyembelihan di Pontian dengan pantauan para imam dan bilal masjid, Imam Mohd Shaiful bin Mohd Esa, Imam Muhammad Hakimin bin Mohd Fazarin, Imam Ibrahim Adham Afif bin Ismail Bilal Muhammad Zulfikri Amin bin Zulkifli dan Bilal Muhammad Hazim Zaim bin Dandan.

Kerja-kerja penyembelihan dilakukan seawal jam 8.00 malam pada 08 Jun 2025 di sana, dan dihantar ke masjid pada 1.00 pagi keesokannya. Manakala aktiviti-aktiviti melapah daging-daging lembu oleh para petugas telah bermula seawal jam 8.00 pagi di perkarangan masjid.

Bagi penyembelihan kambing-kambing pula telah dilaksanakan di masjid pada pagi tersebut dan dipimpin oleh Ustaz Haji Abu Bakar bin Watak, Ustaz Kamal bin Putih, Imam Mohd Shaiful bin Mohd Esa dan Imam Ibrahim Adham Afif bin Ismail. Para peserta yang hadir dapat menyaksikan korban masing-masing dilaksanakan.

Aktiviti-aktiviti pengagihan daging-daging korban pula telah bermula seusai Solat Fardu Zohor berjemaah sehingga jam 3.30 petang dan kerja pembersihan dilakukan sejurus selesai pengurusan sembelihan, melapah dan seumpamanya.

Pihak masjid mengucapkan tahniah kepada para jemaah yang hadir dan sertai aktiviti korban di masjid ini bagi tahun ini dan jutaan terima kasih kepada para petugas dan sukarelawan masjid yang bertungkus-lumus bagi menjayakan ibadah ini.

قال تعالى : فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنْحَرْ

Allah SWT berfirman: "Maka tunaikanlah solat untuk Tuhan kamu dan lakukanlah sembelihan."

قال الإمام علاء الدين البغدادي الخازن : معناه ان ناسا كانوا يصلون لغير الله تعالى وينحرون لغير الله فامر الله نبيه ﷺ ان يصلي له وينحر له متقربا الى ربه كذلك (لباب التاويل 4/483)

Al-Imam Alauddin Al-Baghdadi Al-Khazin berkata: "Maksud ayat ialah bahawa manusia, mereka mendirikan solat dan melakukan korban kerana selain Allah SWT. Lalu Allah memerintahkan NabiNya SAW agar Baginda SAW bersolat dan berkorban keranaNya taqarrub (mendekatkan diri) kepada Tuhannya."


About Us

  • Masjid Jamek Bandar Baru UDA

    Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).


Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).

LATEST ALBUM

OUR LOCATION

Johor Bahru, Malaysia.

© Copyright | Powered by instaweb.my