بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
???? KHUTBAH JUMAAT:
???? Tarikh : 24 Oktober 2025 / 02 Jamadilawal 1447H
???? Tajuk Khutbah : Persaudaraan Yang Membentuk Perpaduan
???? Dipimpin Oleh :
• Imam Haji Mohd Kamal bin Zakaria
• Bilal Mohamad Khairulanuar bin Mohamadun
قال الله تعالى : وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ تَفَرَّقُوا وَاخْتَلَفُوا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ وَأُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Allah SWT berfirman: "Dan janganlah kamu menjadi seperti mereka (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam agama) setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas dan nyata. Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar."
قال ابن عباس : امر الله المؤمنين بالجماعة ونهاهم عن الاختلاف والفرقة واخبرهم انما هلك من كان قبلهم بالمراء والخصومات في الدين (لباب التاويل)
Ibn Abbas berkata: "Allah memerintahkan kepada kaum mukmin untuk berjemaah (bersatu) dan melarang mereka berselisih dan bercerai-berai. Dan Allah mengkhabarkan kepada mereka, sesungguhnya telah binasa orang sebelum mereka hanyalah kerana pertikaian dan permusuhan mereka dalam agama Allah."
