Ahad ini!
Bersempena kedatangan bulan Rejab, pembuka bagi bulan-bulan ibadat termasuklah Syaaban dan Ramadan!
Marilah sama-sama mendaftar dan hadir ke program yang bakal memberikan kita semangat bagi memasuki bulan-bulan ibadat ini.
Disebut di dalam kitab Lataif Al-Maarif:
وقال بعضهم : السنة مثل الشجرة وشهر رجب أيام توريقها وشعبان أيام تفريعها ورمضان أيام قطفها والمؤمنون قطافها
Dan telah berkata sebahagian ulama: "Satu tahun seumpama pokok, bulan Rejab pula adalah hari-hari ia mengeluarkan daunnya, bulan Syaaban pula adalah hari-hari ia menghasilkan buah dan bulan Ramadan pula adalah hari-hari buah dipetik, dan orang beriman adalah pemetik buah-buahan itu."
