بسم الله الرحمن الرحيم
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
???? IKLAN JAWATAN KOSONG: MASJID JAMEK BANDAR BARU UDA (BILAL)
Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di Masjid Jamek Bandar Baru Uda sebagaimana berikut:
???? PEMBANTU PEGAWAI / EKSEKUTIF MASJID (BILAL)
Permohonan boleh dibuat melalui penghantaran resume dan dimajukan bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain ke alamat sebagaimana berikut:
???? 1. Pejabat Pengurusan Masjid Jamek Bandar Baru Uda,
Jalan Padi Ria, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor
???? 2. E-mel: [email protected]
❗️Tarikh Tutup Permohonan: 20 MAC 2026 (JUMAAT)
قال رسول الله ﷺ: المؤذنون أطول الناس أعناقا يوم القيامة
Rasulullah SAW bersabda: "Para muazzin adalah manusia yang paling panjang lehernya pada hari kiamat (akhirat)."
قال ابن الأعرابي: معناه أكثر الناس أعمالا وقال القاضي عياض وغيره: ورواه بعضهم (إعناقا) بكسر الهمزة أي إسراعا إلى الجنة (شرح صحيح مسلم النووي: 4/313)
Al-Imam Ibn Al-Arabi berkata: "Maksudnya para muazzin itu adalah manusia yang paling banyak amalannya." Manakala Al-Qadi Iyad dan ulama selainnya: "Dan sebahagian mereka meriwayatkannya (Inaqan) dengan kasrah hamzah, yakni maksudnya mereka akan bersegera ke syurga."
