بسم الله الرحمن الرحيم


بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

???? KHUTBAH JUMAAT:

???? Tarikh : 10 April 2026 / 21 Syawal 1447H
???? Tajuk Khutbah : Berteduh Di Bawah Payung Mahkota
???? Dipimpin Oleh :
• Imam Haji Mohd Kamal bin Zakaria
• Bilal Mohamad Khairulanuar bin Mohamad Dun

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله الإمام العادل...إلخ

Rasulullah SAW bersabda: "Tujuh (7) golongan yang dinaungi Allah SWT pada hari tiada naungan selain naungan-Nya iaitu (1) pemimpin yang adil."

وقال السيد حسن بن سليمان بن عبد النوري: وبدأ بالشخص العادل لأن حياته له وللناس فإن الحاكم العادل هو الكاسر لشوكة الظلمة والمجرمين وهو سند الضعفاء والمساكين وبه ينتظم أمر الناس فيأمنون على أرواحهم وأموالهم وأعراضهم (إبانة الأحكام شرح بلوغ المرام)

Al-Syed Hasan bin Sulaiman Al-Nuri berkata: "Dan bermula (golongan yang dinaungi Allah SWT) dengan individu yang adil kerana kehidupannya itu bagi dirinya dan orang lain. Maka pemerintah yang adil adalah orang yang mematahkan duri orang yang zalim dan pembuat kejahatan dan ia adalah penyandar bagi orang yang lemah dan miskin. Dan ia (pemerintah yang adil) menguruskan hal umat sehinggakan mereka merasa aman dan terjamin jiwa, harta dan kedudukan mereka."