بسم الله الرحمن الرحيم
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
PROGRAM INFAK JUMAAT DUN LARKIN DI MASJID JAMEK BANDAR BARU UDA (MJBBU)
Alhamdulillah telah berlangsung Program Infak Jumaat DUN Larkin di Masjid Jamek Bandar Baru UDA (MJBBU) pada Jumaat yang lalu (17 April 2026), bermula jam 12.40 tengah hari.
Program anjuran bersama Pusat Khidmat DUN Larkin, Yayasan Bandaraya Johor Bahru dan Masjid Jamek Bandar Baru UDA ini telah mendapat sambutan yang baik dari jemaah dan ahli kariah di sini dengan pelbagai latarbelakang bangsa dan agama turut serta.
Program ini diserikan dengan kehadiran YAB Dato' Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Tuan Mohd Hairi bin Mohd Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan, Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Johor dengan mengagihkan Kotak Rezeki kepada para jemaah yang hadir.
Pihak masjid mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran para jemaah masjid, ahli kariah Bandar Baru Uda serta masyarakat sekitar yang memeriahkan program ini sekaligus mengeratkan silaturrahim.
Semoga kebaikan yang dilaksanakan, dapat menjadikan kita di antara hamba-hambaNya yang terbaik disisinya di atas sedekah, infak, silaturahim serta amal dan ibadah lain yang kita laksanakan.
قال رسول الله ﷺ : أطعموا الطعام وصلوا الأرحام وصلوا بالليل والناس نيام تدخلوا الجنة بسلام (سنن الترمذي)
Rasulullah SAW bersabda: "Berikanlah makan, sambungkanlah pertalian silaturahim, dirikanlah sembahyang malam ketika manusia sedang tidur- maka engkau akan masuk ke syurga dengan penuh kesejahteraan."
