بسم الله الرحمن الرحيم
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
MAJLIS MERAIKAN BAKAL HAJI 1447H / 2026 DI MJBBU
Alhamdulillah telah berlangsung Majlis Meraikan Bakal Haji MJBBU di Dewan Solat Utama MJBBU dan di Dewan Suliman MJBBU pada Khamis lalu (16 April 2026) dan majlis telah berjalan dengan lancar.
Majlis telah berlangsung selepas Maghrib dengan bacaan Yasin dan Doa Selamat yang telah dipimpin oleh Imam Ibrahim Adham Afif bin Ismail serta Bilal Muhammad Zulfikri Amin bin Zulkifli. Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian saguhati kepada bakal-bakal Haji iaitu seramai 54 orang.
Majlis diteruskan dengan Solat Isyak, Solat Hajat dan sesi jamuan. Selepas itu para jemaah khususnya bakal-bakal Haji dijemput menyertai Kursus Ulangkaji Ibadah Haji yang dipimpin oleh Ustaz Haji Abu Bakar bin Watak. Kursus telah bermula pada jam 9.30 malam di Dewan Suliman MJBBU.
Pihak masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada para jemaah yang hadir bagi meraikan ahli jemaah haji yang berpeluang menunaikan ibadah Haji pada tahun ini dan mendoakan agar jemaah haji khususnya dari kariah Bandar Baru Uda dikurniakan Haji Mabrur.
قال العلامة أبي بكر البكري : واعلم أن فضائله لا تحصي
Al-Allamah Abi Bakr Al-Bakri: "Dan ketahuilah bahawa fadilat-fadilat ibadah haji tidak terkira."
ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ : ﻣﻦ ﺧﺮﺝ ﺣﺎﺟﺎ ﻳﺮﻳﺪ ﻭﺟﻪ ﺍﻟﻠﻪ ﻓﻘﺪ ﻏﻔﺮ ﺍﻟﻠﻪ ﻟﻪ ﻣﺎ ﺗﻘﺪﻡ ﻣﻦ ﺫﻧﺒﻪ ﻭﻣﺎ ﺗﺄﺧﺮ ﻭﺷﻔﻊ ﻓﻴﻤﻦ ﺩﻋﺎ ﻟﻪ
Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa keluar menunaikan haji kerana Allah, maka sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang terkemudian dan Dia akan memberi syafaat kepada orang yang dia doakan untuknya."
ﻭﻗﺎﻝ ﺍﺑﻦ ﺍﻟﻌﻤﺎﺩ ﻓﻲ ﻛﺸﻒ ﺍﻷﺳﺮﺍﺭ : ﻭﺣﻜﻤﺔ ﺗﺮﻛﺐ ﺍﻟﺤﺞ ﻣﻦ ﺍﻟﺤﺎﺀ ﻭﺍﻟﺠﻴﻢ : ﺍﻹﺷﺎﺭﺓ ﺇﻟﻰ ﺃﻥ ﺍﻟﺤﺎﺀ ﻣﻦ ﺍﻟﺤﻠﻢ ﻭﺍﻟﺠﻴﻢ ﻣﻦ ﺍﻟﺠﺮﻡ - ﻓﻜﺄﻥ ﺍﻟﻌﺒﺪ ﻳﻘﻮﻝ : ﻳﺎ ﺭﺏ ﺟﺌﺘﻚ ﺑﺠﺮﻣﻲ - ﺃﻱ ﺫﻧﺒﻲ - ﻟﺘﻐﻔﺮﻩ ﺑﺤﻠﻤﻚ (إعانة الطالبين 2/459)
Al-Imam Ibn Al-Imad di dalam Kasyf Al-Asrar berkata: "Dan hikmah tersusun kalimah Al-Haji itu dari huruf ha dan jim adalah memberi isyarat bahawa huruf ha itu adalah dari kata Al-Hilm (santun) dan huruf jim itu adalah dari kata Al-Jirm (dosa). Maka seolah-olah seorang hamba itu berkata: "Wahai Tuhan, telah aku datang kepadaMu dengan dosa-dosaku agar engkau mengampuni dosa itu dengan sifat santunMu."
