بسم الله الرحمن الرحيم


بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

MOTIVASI AL-FATEH KANAK-KANAK DI MJBBU

Alhamdulillah telah berlangsung Program Motivasi Al-Fateh MJBBU di Dewan Suliman MJBBU pada Sabtu yang lalu (25 April 2026) dan telah mendapat sambutan serta penyertaan yang sangat baik.

Program bermula jam 8.30 pagi dengan penyertaan seramai 75 kanak-kanak dan telah dipimpin oleh Guru Kaunseling jemputan, Encik Muhammad Fariq bin Aziz.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan yang berobjektifkan untuk memotivasikan anak-anak dengan kehidupan Islami serta disiplin dan semangat yang tinggi dalam kerohanian, pendidikan, kepimpinan dan sebagainya.

Pihak masjid mengucapkan ribuan terima kasih di atas komitmen para ibu bapa yang menghantar anak-anak ke program ini di masjid ini sekaligus memanfaatkan cuti anak-anak serta mengimarahkan masjid ini.

Pihak masjid juga akan meneruskan program ini untuk anak-anak remaja berumur 10-12 tahun pada Sabtu ini (9 Mei 2026) dan penyertaan adalah terhad. Semoga dengan menyertai program seperti ini dapat memberikan kebaikan kepada anak-anak kita, di mana sebahagian anjuran mendidik itu di atas ibu bapa, turut bermaksud menghantar anak-anak kita mempelajarinya di mana-mana tempat menimba ilmu.

قال الإمام السيد بكري المكي بن محمد شطا الدمياطي: والحاصل: يجب على الآباء والأمهات أن يعلموا أبناءهم جميع ما يجب على المكلف معرفته كي يرسخ الإيمان في قلوبهم ويعتادوا الطاعات (إعانة الطالبين 1/48)

Al-Imam Al-Syed Bakri Syata Al-Dimyati berkata: "Ringkasan: "Wajib para ibu bapa mengajar anak-anak mereka segala apa yang wajib atas insan yang mukalaf mengetahuinya sehingga teguh iman di hati mereka dan mereka menjadi terbiasa dengan ketaatan."