بسم الله الرحمن الرحيم
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
MOTIVASI AL-FATEH KANAK-KANAK (SIRI 2) DI MJBBU
Alhamdulillah telah berlangsung Program Motivasi Al-Fateh siri ke-2 di Dewan Suliman MJBBU pada Sabtu yang lalu (9 Mei 2026) dan telah mendapat sambutan serta penyertaan yang sangat baik.
Program bermula jam 8.30 pagi dengan penyertaan seramai 45 kanak-kanak dan sesi kali ini dikhususkan bagi kanak-kanak berumur 10-12 tahun.
Pihak masjid mengucapkan ribuan terima kasih di atas komitmen para ibu bapa yang menghantar anak-anak ke program ini di masjid ini sekaligus memanfaatkan cuti anak-anak serta mengimarahkan masjid ini.
Semoga dengan menyertai program seperti ini dapat memberikan kebaikan kepada anak-anak kita, di mana sebahagian anjuran mendidik itu di atas ibu bapa, turut bermaksud menghantar anak-anak kita mempelajarinya di mana-mana tempat menimba ilmu.
قال الإمام السيد بكري المكي بن محمد شطا الدمياطي: والحاصل: يجب على الآباء والأمهات أن يعلموا أبناءهم جميع ما يجب على المكلف معرفته كي يرسخ الإيمان في قلوبهم ويعتادوا الطاعات (إعانة الطالبين 1/48)
Al-Imam Al-Syed Bakri Syata Al-Dimyati berkata: "Ringkasan: "Wajib para ibu bapa mengajar anak-anak mereka segala apa yang wajib atas insan yang mukalaf mengetahuinya sehingga teguh iman di hati mereka dan mereka menjadi terbiasa dengan ketaatan."
