بسم الله الرحمن الرحيم
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
???? PROGRAM HARI RAYA AIDILADHA 1447H
Bersempena ketibaan bulan Zulhijah dan Hari Raya Aidiladha, muslimin & muslimat dijemput mengimarahkan masjid ini dengan menghadiri Program Hari Raya Aidiladha 1447H & butiran program adalah sebagaimana berikut:
???? BUTIRAN PROGRAM:
???? 1) MAJLIS ZIKIR, IFTAR JAMA'IE & TAUSIYAH KHAS AIDILADHA:
• Hari/Tarikh: Selasa / 26 Mei 2026
• Masa: 6.20 Petang
• Penceramah: Ustaz Haji Mohd Hambali bin Abd Rahman
✅*Iftar Jama'ie (jamuan) disediakan
???? 2) SOLAT SUNAT TASBIH & TAKBIR RAYA:
• Hari/Tarikh: Selasa / 26 Mei 2026
• Masa: Selepas Isyak
???? 3) SOLAT SUNAT AIDILADHA:
• Hari/Tarikh: Rabu / 27 Mei 2026
• Masa: 8.30 Pagi
❗️ *Laluan bagi jemaah wanita adalah melalui pagar Pusat Dialisis & Kesihatan (PDKMBBU) & solat di Ruang Aras 1 MJBBU
???? 4) PROGRAM AGIHAN DAGING KORBAN:
• Hari/Tarikh: Sabtu / 30 Mei 2026
• Masa: 1.30 petang hingga selesai
???? Semua program bertempat di Dewan Solat Utama MJBBU, manakala aktiviti korban diadakan di parker Pusat Dialisis & Kesihatan (PDKMBBU) & parking utama masjid
وَالْفَجْرِ (1) وَلَيَالٍ عَشْرٍ (2) وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ
"Demi waktu fajar." (1) "Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah)." (2) "Dan bilangan yang genap serta yang ganjil." (3)
قال الشيخ الحقي البروسوي : هن عشر ذى الحجة وفى الحديث : ما من ايام ازكى عند الله ولا أعظم اجرا من خير عمل فى عشر الأضحى قيل يا رسول الله ولا المجاهد فى سبيل الله قال ولا المجاهد فى سبيل الله الا رجل خرج بنفسه وماله فلم يرجع من ذلك بشئ (روح البيان 10/427)
Al-Sheikh Ismail Al-Haqi Al-Barusawy berkata: "(Malam yang sepuluh) iaitulah sepuluh (10) Zulhijah. Diriwayatkan di dalam hadis: "Tidaklah suatu amalan yang lebih suci di sisi Allah dan lebih agung pahalanya dari suatu kebaikan yang dilakukan pada sepuluh hari Aidiladha. Dikatakan: "Wahai Rasulullah, meskipun berjihad di jalan Allah?" Baginda SAW menjawab: "Meskipun berjihad di jalan Allah, melainkan seseorang ya
