بسم الله الرحمن الرحيم
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
MAJLIS ZIKIR & TAUSIYAH KHAS AIDILADHA DI MASJID BBU
Alhamdulillah telah berlangsung Majlis Zikir Khas Arafah & Tausiyah Khas Aidiladha di Dewan Solat Utama MJBBU pada Selasa yang lalu (26 Mei 2026) dan majlis yang bermula jam 6.20 petang telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik dari jemaah dan ahli kariah masjid.
Majlis yang bermula dengan bacaan Zikir & Doa Hari Arafah nukilan Al-Allamah Al-Wanaie, telah dipimpin oleh Imam Muhammad Hakimin bin Mohd Fazarin dan Bilal Mohammad Khairulanuar bin Mohammad Dun sebanyak 10 kali zikir serta diakhiri dengan bacaan Zikir Munajat oleh Bilal Muhammad Zulfikri Amin bin Zulkifli dan Bilal Ismail Rifaie bin Noor Muhammad.
Kemudian majlis diteruskan dengan Iftar Jamaie selepas azan Maghrib. Seusai menunaikan Solat Maghrib berjemaah, majlis diteruskan dengan Tausiyah Khas Aidiladha yang telah disampaikan oleh Ustaz Haji Mohd Hambali bin Abd Rahman.
Pihak masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada para jemaah yang hadir dan sertai majlis ini dan berharap agar para jemaah mendapat pelbagai manfaat darinya.
قال الله تعالى : وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُوماتٍ عَلى ما رَزَقَهُمْ مِنَ بَهِيمَةِ الأنْعامِ
Allah SWT berfirman: "Dan mereka memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu."
قال ابن عباس والشافعي والجمهور : هي ايام العشر واعلم انه يستحب الاكثار من الاذكار في هذا العشر زيادة على غيره ويستحب من ذلك في يوم عرفة اكثر من باقي العشر (الاذكار 147)
Al-Imam Al-Nawawi berkata: "Ibn Abbas, Al-Imam Al-Syafie dan jumhur ulama berkata: "(Hari tertentu) ialah hari-hari yang sepuluh (10) (pertama Zulhijah)." Dan ketahuilah bahawa disunatkan memperbanyakkan dari zikir-zikir di hari sepuluh (10) ini, tambahan atas amalan lain dan disunatkan dari demikian itu lebih banyak berzikir di hari Arafah dari berbaki 10 (Zulhijah)."
