• Main
  • News

بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

PROGRAM MOTIVASI "BINA GENERASI PIMPIN DUNIA" DI MJBBU

Alhamdulillah telah berlangsung Program Motivasi: "Bina Generasi Pimpin Dunia" di Dewan Suliman MJBBU pada Ahad yang lalu (9 Ogos 2026) dan telah mendapat sambutan serta penyertaan yang sangat baik.

Program bermula jam 9.00 pagi dengan penyertaan seramai 45 kanak-kanak dan sesi kali ini dikhususkan bagi kanak-kanak berumur 7-12 tahun.

Pihak masjid mengucapkan ribuan terima kasih di atas komitmen para ibu bapa yang menghantar anak-anak ke program ini di masjid ini sekaligus memanfaatkan cuti anak-anak serta mengimarahkan masjid ini.

Semoga dengan menyertai program seperti ini dapat memberikan kebaikan kepada anak-anak kita, di mana sebahagian anjuran mendidik itu di atas ibu bapa, turut bermaksud menghantar anak-anak kita mempelajarinya di mana-mana tempat menimba ilmu.

قال الإمام السيد بكري المكي بن محمد شطا الدمياطي: والحاصل: يجب على الآباء والأمهات أن يعلموا أبناءهم جميع ما يجب على المكلف معرفته كي يرسخ الإيمان في قلوبهم ويعتادوا الطاعات (إعانة الطالبين 1/48)

Al-Imam Al-Syed Bakri Syata Al-Dimyati berkata: "Ringkasan: "Wajib para ibu bapa mengajar anak-anak mereka segala apa yang wajib atas insan yang mukalaf mengetahuinya sehingga teguh iman di hati mereka dan mereka menjadi terbiasa dengan ketaatan."


About Us

  • Masjid Jamek Bandar Baru UDA

    Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).