???? PEMAKLUMAN KELAS IQRA’
Assalamualaikum w.b.t.
Dimaklumkan bahawa kelas Iqra’ akan dipindahkan ke tempat yang baharu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja naik taraf kelas sedia ada.
???? TEMPAT PEMBELAJARAN
* Bilik Maktabah – Pelajar dewasa sahaja
* Dewan Solat Utama – Pelajar kanak-kanak
???? Tarikh mula: 21 September 2026
⏰ Tempoh: 2 bulan dari tarikh mula
Kelas akan berjalan seperti biasa dan seramai 3 orang guru akan bertugas seperti biasa. Perubahan hanya melibatkan tempat pembelajaran.
???? SESI PAGI
???????? Kelas Iqra’ Dewasa
???? Bilik Maktabah
???? Kelas Iqra’ Kanak-kanak
???? Dewan Solat Utama
???? SESI PETANG
???? Semua Kelas Iqra’
???? Dewan Solat Utama
‼️ PERHATIAN PELAJAR DEWASA ‼️
Pelajar dewasa dihadkan untuk hadir ke kelas pada sesi pagi sahaja.
???? MAKLUMAN KHAS HARI JUMAAT
Untuk hari Jumaat, kelas Iqra’ akan ditangguhkan sepanjang tempoh kerja-kerja naik taraf kerana memberi laluan untuk solat jumaat.
Kelas akan disambung semula seperti biasa selepas tempoh tersebut dan sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Mohon kerjasama daripada semua pelajar serta ibu bapa/penjaga untuk mengambil maklum mengenai perubahan tempat dan jadual ini.
Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul sepanjang tempoh pemindahan dan kerja-kerja naik taraf ini. Terima kasih atas kesabaran, kerjasama dan perhatian daripada semua pihak.
Terima kasih.
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
