• Main
  • News

بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

???? INFAQ PEMBANGUNAN: GERBANG UTAMA MASJID JAMEK BANDAR BARU UDA (RM777,649 / RM 1,300,000)

Pihak masjid akan melaksanakan kerja-kerja pembangunan Gerbang Utama masjid dan butirannya ialah seperti berikut:
???? Tempat: Parkir utama masjid
???? Tarikh pembinaan: 16 September 2026 - 29 Februari 2027

⚠️ Oleh itu, bagi keselamatan dan keselesaan para jemaah, pintu pagar utama masjid (pagar ATM) akan ditutup sehingga kerja-kerja pembinaan selesai

Pihak masjid memohon maaf atas segala kesulitan

❇️ Sebagai tambahan, pihak masjid turut menjalankan kerja-kerja pembangunan di aras 2 masjid yang mana ruang terbuka tersebut akan dijadikan 4 bilik-bilik kuliah untuk aktiviti-aktiviti pengimarahan yang lebih selesa khususnya bagi kelas pengajian Iqra dan Al-Quran kanak-kanak dan dewasa

Para jemaah yang ingin menyumbang bagi tujuan tersebut, boleh lakukannya melalui akaun dan QR yang disediakan di dalam poster berikut:

???? Akaun BIMB Pembangunan Masjid:
???? BIMB: 01-041-01-007648-5
• Tabung Pembangunan Masjid Jamek Bandar Baru Uda

???? Bagi urusan resit, boleh berhubung dengan Ustaz Kamal Ariff (Pegawai Kewangan MJBBU):
https://wassap.my/0137225306

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إذا مات الإنسان انقطع عنه عمله إلا من ثلاثة إلا من صدقة جارية...إلخ

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga (3) perkara: (1) Sedekah jariah..."

قال الإمام النووي رحمه الله : فان الصدقة تصل إلى الميت وينتفع بها بلا خلاف بين المسلمين وهذا هو الصواب (شرح صحيح مسلم النووي 1/89)

Al-Imam Al-Nawawi berkata RHM: "Sesungguhnya (pahala) sedekah itu sampai kepada si mati dan dia mendapat manfaat dengan pahala sedekah tersebut tanpa sebarang khilaf di kalangan para ulama Islam dan ini adalah pandangan yang tepat."


About Us

  • Masjid Jamek Bandar Baru UDA

    Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).