• Main
  • News

Sumbangan Prihatin Mcdonald’s Kepada Asnaf Sekitar Bandar Baru

https://www.facebook.com/reel/29118658641072165/" data-width="900" data-allowfullscreen="true">

SUMBANGAN PRIHATIN McDONALD’S KEPADA ASNAF SEKITAR BANDAR BARU UDA ❤️

Alhamdulillah, sumbangan daripada pihak McDonald’s telah disalurkan kepada golongan asnaf di sekitar Bandar Baru Uda, khususnya mereka yang menghadapi masalah kesihatan dan memerlukan rawatan secara berkala.

Program sumbangan ini merupakan hasil kerjasama antara Masjid Jamek Bandar Baru Uda dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dalam usaha menyantuni golongan asnaf serta membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.

Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban kewangan penerima dalam menampung keperluan rawatan dan perbelanjaan harian, di samping memberikan semangat serta kekuatan kepada mereka untuk terus tabah menghadapi ujian kesihatan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak McDonald’s atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan. Semoga segala usaha murni ini mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT serta menjadi asbab kebaikan yang berterusan. ????????

Bersama menyantuni asnaf.


About Us

  • Masjid Jamek Bandar Baru UDA

    Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).