• Main
  • News

بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

PROGRAM INFAK JUMAAT DUN LARKIN DI MASJID JAMEK BANDAR BARU UDA (MJBBU)

Alhamdulillah telah berlangsung Program Infak Jumaat DUN Larkin di Masjid Jamek Bandar Baru UDA (MJBBU) pada hari ini (16 Oktober 2026) dan telah berjalan dengan lancar.

Program anjuran bersama Pusat Khidmat DUN Larkin, Yayasan Bandaraya Johor Bahru dan Masjid Jamek Bandar Baru UDA ini telah mendapat sambutan yang baik dari jemaah dan ahli kariah di sini.

Program ini diserikan dengan kehadiran YAB Dato' Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Tuan Mohd Hairi bin Mohd Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan, Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Johor dengan mengagihkan bungkusan makanan kepada para jemaah yang hadir selepas menunaikan Solat Fardu Jumaat.

Pihak masjid mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran para jemaah masjid, ahli kariah Bandar Baru Uda serta masyarakat sekitar yang memeriahkan program ini sekaligus mengeratkan silaturrahim.

Semoga kebaikan yang dilaksanakan, dapat menjadikan kita di antara hamba-hambaNya yang terbaik disisinya di atas sedekah, infak, silaturahim serta amal dan ibadah lain yang kita laksanakan.

قال رسول الله ﷺ : أطعموا الطعام وصلوا الأرحام وصلوا بالليل والناس نيام تدخلوا الجنة بسلام (سنن الترمذي)

Rasulullah SAW bersabda: "Berikanlah makan, sambungkanlah pertalian silaturahim, dirikanlah sembahyang malam ketika manusia sedang tidur- maka engkau akan masuk ke syurga dengan penuh kesejahteraan."


About Us

  • Masjid Jamek Bandar Baru UDA

    Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).