• Main
  • News

بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

???? PROGRAM BICARA ILMU: "CINTA SELEPAS AKAD"

Masjid Jamek Bandar Baru Uda (MJBBU) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan mengadakan program seperti berikut:

???? BUTIRAN PROGRAM:
• Hari: SELASA - 03 NOVEMBER 2026
• Masa: 8.00 Pagi - 1.00 Petang
• Tempat: Dewan Solat Utama MJBBU

???? AGENDA PROGRAM:
???? 8.00-8.30 pagi: Pendaftaran & sarapan
???? 8.30-9.00 pagi:
???? Bacaan Doa: Imam Asyiq Zarifnukman bin Mohd Nawab (Imam MJBBU)
???? Ucapan Pengerusi MJBBU: Ustaz Haji Md Burhanuddin bin Haji Tibek
???? 9.00-10.30 pagi: Ceramah Kekeluargaan
???? Ustazah Hajah Hasnita binti Hashim
???? Hak-hak Suami & Isteri Dalam Perkahwinan
???? 10.30-12.00 T/HR: Ceramah Kekeluargaan
???? Tuan Haji Mohd Zamri bin Kambari
???? Ciri-ciri Lelaki Qawwam
???? 12.00-1.00 petang:
• Sesi soal jawab
• Selawat
• Jamuan & bersurai

❗️ PERCUMA & TERHAD KEPADA 150 ORANG

☪ TERBUKA MUSLIMIN & MUSLIMAT

???? PENDAFTARAN:
• Hajah Rashidah: wassap.my/0127090886
• Puan Alwani: wassap.my/0146124042

قال الشيخ محمد سالم محيسن : الاسرة هي الامة الصغيرة للمجتمع الكبير فاذا ما صلحت صلح المجتمع كله واذا ما فسدت فسد المجتمع ايضا اذ الاسرة مثلها فى ذلك مثل القلب بالنسبة للانسان

Al-Syeikh Muhammad Salim Muhaysin berkata: "Al-Usrah (keluarga) itu adalah umat kecil bagi masyarakat besar. Lalu apabila baiklah ia, baiklah masyarakat itu dan apabila rosaklah ia, rosaklah masyarakat itu juga. Ini kerana keluarga itu ibaratnya pada yang demikian adalah seperti hati bagi seseorang."

فمن الاسرة تعلم الانسان افضل اخلاقه الاجتماعية ومنها تعلم الرافة والمحبة والحنان (الاسرة السعيدة فى ظل تعاليم الاسلام)

"Maka dari keluarga itulah seseorang itu mempelajari seafdal akhlak masyarakat dan darinya dia mempelajari belas kasihan, kecintaan dan kelembutan."


About Us

  • Masjid Jamek Bandar Baru UDA

    Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).