بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
PROGRAM INFAK JUMAAT MBJB DI MASJID JAMEK BANDAR BARU UDA (MJBBU)
Alhamdulillah telah berlangsung Program Infak Jumaat MBJB di Masjid Jamek Bandar Baru UDA (MJBBU) pada hari ini (30 Oktober 2026) dan program telah berjalan dengan lancar.
Program anjuran bersama Majlis Bandaraya Johor Bahru, Yayasan Bandaraya Johor Bahru dan Masjid Jamek Bandar Baru UDA ini telah mendapat sambutan yang baik dari jemaah dan ahli kariah di sini.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran YAB Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar MBJB, dengan mengagihkan bungkusan makanan kepada para jemaah yang hadir selepas menunaikan Solat Fardu Jumaat.
Pihak masjid mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran para jemaah masjid, ahli kariah Bandar Baru Uda serta masyarakat sekitar yang memeriahkan program ini sekaligus mengeratkan silaturrahim.
Semoga kebaikan yang dilaksanakan, dapat menjadikan kita di antara hamba-hambaNya yang terbaik disisinya di atas sedekah, infak, silaturahim serta amal dan ibadah lain yang kita laksanakan.
قال رسول الله ﷺ : أطعموا الطعام وصلوا الأرحام وصلوا بالليل والناس نيام تدخلوا الجنة بسلام (سنن الترمذي)
Rasulullah SAW bersabda: "Berikanlah makan, sambungkanlah pertalian silaturahim, dirikanlah sembahyang malam ketika manusia sedang tidur- maka engkau akan masuk ke syurga dengan penuh kesejahteraan."