بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
???? KHUTBAH JUMAAT:
???? Tarikh : 13 November 2026 / 03 Jamadilakhir 1448H
???? Tajuk Khutbah : Mereka Yang Digelar Musuh-musuh Allah
???? Dipimpin Oleh :
• Imam Asyiq Zarifnukman bin Mohd Nawab
• Bilal Mohamad Khairulanuar bin Mohamad Dun
وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنسِ وَالْجِنِّ
"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin."
مالك بن دينار : إن شياطين الإنس أشد علي من شياطين الجن وذلك أني إذا تعوذت بالله ذهب عني شيطان الجن وشيطان الإنس يجيئني فيجرني إلى المعاصي عيانا (روح البيان 3/92)
Malik bin Dinar berkata: "Sesungguhnya syaitan-syaitan manusia adalah lebih berbahaya ke atasku berbanding syaitan-syaitan jin. Demikian bahawa sesungguhnya aku, apabila aku memohon perlindungan dengan Allah, akan pergilah dariku oleh syaitan jin dan syaitan manusia akan mendatangiku lalu menarikku kepada kemaksiatan secara terang-terangan."