• Main
  • News

Marilah Istiqamah Menuntut Ilmu Dan Mengamalkan Ilmu Yang

Marilah Istiqamah Menuntut Ilmu Dan Mengamalkan Ilmu Yang

Marilah istiqamah menuntut ilmu dan mengamalkan ilmu yang kita pelajari.

Pesan para ulama:

من علامات العلم النافعِ هى العمل به

"Sebahagian dari tanda-tanda ilmu yang bermanfaat ialah beramal dengan ilmu tersebut."

Semoga dengan mengamalkannya, khususnya lagi pada perkara yang diwajibkan Allah ke atas kita, ia memberi manfaat bagi akhirat kita dan menghindari kita dari siksaan Allah SWT.

Sebagaimana kata Al-Imam Ibn Roslan Al-Syafie:

وعالم بعلمه لم يعملن * معذب من قبل عباد الوثن

"Dan orang yang alim akan ilmunya dan tidaklah dia beramal akan ilmunya, nescaya dia akan diazab sebelum orang-orang yang menyembah berhala."

Semoga Allah memberikan kita kudrat untuk istiqamah menimba ilmu dan beramal, Amin Ya Rabb.


About Us

  • Masjid Jamek Bandar Baru UDA

    Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).