Ceramah Perdana Israk Wal Mikraj anjuran MJBBU dan Jabatan Kadi Daerah Johor Bahru akan dilaksanakan esok, bermula jam 6.30 petang.
Muslimin & muslimat dijemput hadir, mengimarahkan masjid dan sertai majlis zikir dan majlis ilmu yang menjadi keutamaan di bulan Haram Rejab, dan hari Israk Wal Mikraj.
Tambahan lagi di bulan Haram ini, khususnya hari Israk Wal Mikraj, muslimin & muslimat dianjurkan untuk berpuasa. Dinukilkan kata Al-Imam Abu Bakar Syata Al-Bakri di dalam kitabnya:
ويستحب صوم يوم المعراج ويوم لا يجد فيه الشخص ما يأكله (إعانة الطالبين 2/451)
"Dan disunatkan berpuasa pada hari Mikraj dan hari di mana seseorang itu tidak mempunyai makanan untuk dimakan."
Semoga Allah SWT memilih kita untuk beramal di hari yang mulia ini, di bulan yang agung ini dan memakbulkan segala ibadat dan hajat kita.