بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

???? KHUTBAH JUMAAT:

???? Tarikh : 14 Jun 2024 / 07 Zulhijah 1445H
???? Tajuk Khutbah : Pengorbanan Yang Tidak Disia-siakan
???? Dipimpin Oleh :
• Imam Ibrahim Adham Afif bin Ismail
• Bilal Mohamad Khairulanuar bin Mohamad Dun

فَبَشَّرْنَاهُ بِغُلَامٍ حَلِيمٍ (101) فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَىٰ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ (102)

"Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan dengan seorang anak yang penyabar." (101) "Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anakku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu; InsyaAllah, ayah akan mendapatiku dari orang yang bersabar." (102)

قال ابن عباس : اضجعه على جبينه على الأرض فلما فعل ذلك قال له ابنه يا أبت اشدد رباطى حتى لا اضطرب واكفف عنى ثيابك حتى لا يتناثر عليها شئ من دمى فتراه أمى فتحزن وأسرع مر السكين على حلقى ليكون أهون للموت على فإذا أتيت أمى فاقرأ عليها السلام منى (لباب التأويل 4/24)

Kata Ibn Abbas: "Ketika Nabi Ibrahim meletakkan anaknya di atas dahinya ke tanah, lalu setelah Baginda melakukan demikian, anaknya berkata kepada Nabi Ibrahim: "Wahai ayahku! Ketatkanlah ikatanku agar aku tidak lagi bergerak, singsingkanlah bajumu agar darahku tidak mengotori sedikit pun lalu (jika nanti) ibuku melihatnya (darah itu) nescaya dia akan bersedih dan percepatkanlah gerakan pisau itu atas leherku, agar terasa lebih ringan bagiku. Apabila engkau telah kembali kepada ibuku maka sampaikanlah salam kepadanya dariku."