بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
???? PERMOHONAN BANTUAN SAGUHATI PENDAFTARAN PENGAJIAN TINGGI B40 (SESI 2024)
Sukacita dimaklumkan pihak masjid melalui AJK Tadbir MJBBU membuka Permohonan Bantuan Pendaftaran Pengajian Tinggi bagi golongan B40 dan butiran serta syarat permohonan adalah seperti berikut:
???? SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:
???? Penduduk Bandar Baru Uda (BBU), Skudai Kanan, Suria Muafakat & Jalan Tahana;
???? Keluarga B40;
???? Untuk pendaftaran awal masuk IPT sahaja.
❗️ PERMOHONAN DITUTUP PADA 31 OKTOBER 2024
*Saguhati akan diberikan pada November 2024 selepas tarikh tutup permohonan kepada yang layak
❓SEBARANG PERMOHONAN & PERTANYAAN:
• Pegawai Agama MJBBU: http://www.wasap.my/60106609083/IPT
وعن انس رضي الله عنه قال : كان اخوان على عهد النبي ﷺ وكان احدهما ياتي النبي ﷺ والاخر يحترف فشكا المحترف اخاه للنبي ﷺ فقال : لعلك ترزق به
Dari Anas RA, dia berkata: "Ada dua orang bersaudara pada zaman Nabi SAW dan salah seorang dari keduanya itu sering mendatangi Baginda SAW dan yang lainnya sering bekerja. Lalu yang bekerja itu mengadu kepada Nabi SAW perihal saudaranya. Nabi SAW bersabda: "Barangkali engkau diberi rezeki disebabkan saudaramu itu."
قال الشيخ الدكتور محمود المصري : والمقصود هنا ان هذا الشاب الذي يعمل بحرفة معينة لما شكا اخاه طالب العلم للنبي ﷺ بشره النبي ﷺ بانه لعل الله يسوق اليه الرزق بسبب انفاقه على اخيه (شرح رياض الصالحين: 1/308)
Kata Al-Syeikh Dr. Mahmud Al-Misri: "Dan maksud hadis di sini ialah bahawa pemuda ini yang bekerja dengan pekerjaan tertentu, ketikamana dia mengadu kepada Nabi SAW akan saudaranya seorang penuntut ilmu, Baginda Nabi SAW memberikan khabar gembira kepadanya dengan bahawasanya barangkali Allah SWT merealisasikan rezeki kepadanya dengan sebab infaknya ke atas saudaranya penuntut ilmu."